Tuesday, February 16, 2010

TIDUR BERKUALITI ELAK PENYAKIT

Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan

Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan

Oleh Mohd Roslan Md Isa

ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari. Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan.

Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran. “Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”

(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher. Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda. Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Untuk hidup sehat kita bisa memulainya dari hal kecil seperti tidur di malam hari, mungkin kamu sudah pernah mendengar bagaimana cara tidur Nabi Muhammad SAW. Tidur Nabi Muhammad SAW merupakan cara tidur yang sangat baik bagi kesihatan, setiap posisi dan waktu yang beliau pilih untuk tidur sangat bermanfaat bagi kesihatan bahkan jauh sebelum ilmu kedoktoran berkembang seperti sekarang.

Ibnu Qayyim berkata: "Sesiapa yang memerhatikan pola tidur dan bangun baginda, nescaya mengetahui bahawa tidur beliau tersebut paling proporsional dan paling ber-manfaat untuk badan, organ, dan kekuatan". Bagi kamu yang masih belum tau gimana cara tidur Nabi Muhammad SAW, mending baca aja artikel di bawah. 1) Posisi tidur Nabi SAW adalah miring kesebelah kanan, kemudian beliau berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri agar proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya lambung di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan lagi, agar makanan akan larut dari lambung. Jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari posisi tidur miring kesebelah kanan. * Untuk jalan nafas, tidur miring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh menyumbat jalan nafas. Lain halnya jika tidur dalam posisi terlentang maka relaksasi lidah pada saat tidur dapat mengakibatkan menghalang jalan nafas, penampakan dari luar berupa mendengkur.

Orang yang mendengkur mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh terjadi henti nafas untuk beberapa detik yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bangun dengan keadaan pusing karena kurangnya pasokan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita. * Untuk jantung, tidur miring kesebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana posisi jantung yang memang berada lebih disebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada di atas manakala paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak daripada paru-paru kiri. * Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur miring kesebelah kanan, jantung akan jatuh kesebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru-paru kiri yang bersaiz kecil.

2) Meluruskan punggungnya pada saat tidur, manfaatnya adalah supaya organ-organ dalam tidak tertekan, posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

3) Sedikit menekuk kaki. Di dunia perubatan seorang doktor akan meminta pesakit menekuk kakinya jika doktor tersebut akan memeriksa perut pesakit. Fungsi dari sedikit menekuk kaki adalah untuk mengendurkan otot-otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Menekuk kaki sedikit pada saat tidur menolong organ-organ dan otot otot perut itu sendiri untuk relaksasi lebih sempurna. Sehingga tidur kita lebih nyaman.

4) Menggunakan telapak tangan sebagai bantal. Kita tentu sering dengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi high tidur. Leher yang tidak lurus pada saat tidur menyebabkan sakit leher pada saat bangun dan biasanya ini menetap beberapa lama sehingga mengganggu aktifitas. Maha suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan sebagai bantal maka antara kepala, leher dan punggung tercipta garis lurus. Kebuktikan kalau cara tidur Nabi Muhammad SAW begitu banyak manfaatnya bagi tubuh kita, bisa membantu tidur kamu yang suka mendengkur lagi. Kita coba aja yuk. Tidur : Antara sunnah Dan Sains


Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur.

Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."

Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari) Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. "

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor." Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap.

Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. " (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity, ' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation, ' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa. Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's')

Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim)

Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim) Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah.

Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan. Wassalam.



Statistik Penyakit Di Malaysia

Fakta Penyakit

Strok / Angin ahmar
http://www.massagetoday.com/content/images/lynda1_1904_1_1_8190.jpg
  • Strok meupakan pembunuh keempat rakyat Malaysia.
  • Kadar peningkatan sebanyak 300% di kalangan rakyat negara ini iaitu 17,909 pada tahun 2005 kepada 52,000 pada tahun 2006.
  • Lebih 90% daripada mangsa strok meninggal dalam tempoh sebulan.
Kanser Payudara
http://img.youtube.com/vi/AHJqXrk3-x0/0.jpg
  • Kanser paling biasa keseluruhannya dan paling biasa di kalangan semua wanita berumur 20 tahun bagi tahun 2002 dan 2003
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
  • Agensi Antarabangsa Globocan yang melakukan penyelidikan kanser pada tahun 2000 melaporkan 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.
  • Globocan menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
Diabetes / Kencing Manis
  • Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
  • Malaysia pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun.
  • Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
  • Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
  • Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit
  • Orang yang menghidapi kencing manis berisiko menghidapi penyakit kebas kaki, buah pinggang rosak, stroke, sakit jantung dan rosak deria penglihatan 200% lebih tinggi daripada orang yang bebas diabetes.
Sakit Jantung
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOtP-V1SMG5hRPWmLeqwAFB17-c8JsoJ7Vz_ltoNI8Cf7S7vQEMK6IZiVoQ8jcNndPQosOpXgW7kykHyhf6ugWBJMfMXsTBB6boaA6PmOIFOULQjzxncJNepatd1zZTPQdG_pNKmnlPRE/s320/sakit-jantung-202x300.jpg
  • Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung
  • Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
  • 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.
  • Ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.
  • Kadar kematian akibat serangan jantung adalah 8.89 orang bagi setiap 100,000 penduduk negara ini.
  • Data membuktikan bahawa 38 peratus wanita berbanding 25 peratus lelaki meninggal dunia satu tahun selepas serangan jantung yang pertama.
Obesiti
  • Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
  • Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
  • Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Gout
http://www.healthinplainenglish.com/health/musculoskeletal/gout/gout-surgery.jpg
pembedahan gout
  • Gout berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh.
  • Selain kesakitan yang amat sangat pada sendi, sesetengah pesakit berkemungkinan menghadapi masalah pembentukan batu karang pada buah pinggang.

Statistik Penyakit Kritikal Di Malaysia



Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.


Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita. Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Empat penyakit dalam satu

Dr. salehuddin

KENCING MANIS, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.
Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu: l Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. l Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). Pecahan komplikasi kencing manis: l 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung l 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal l 13 peratus kes kematian kerana kanser l 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat). Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia. Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa. Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis. Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus). Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide. Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini. Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius. Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang. Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal. Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.


Mencegah lebih baik dari mengubati

Pencegahan Penyakit Jantung dan Strok

Kontinum Pencegahan

Penyesuaian dari Healthlink 2005.

Faktor Risiko CVD: Pencegahan yang berpotensi besar


Faktor yang menjadi risiko untuk penyakit arteri koronari

  • Darah Tinggi.
  • Merokok
  • Kegemukan (indeks jisim badan≥30 kg/m2).
  • Kurang aktif.
  • Tahap Kolesterol yang tinggi
  • Kencing manis.
  • Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR <>
  • Sejarah keluarga mengidap penyakit arteri koronari

Pencegahan Penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan.
Risiko penyakit jantung meningkat dengan peningkatan umur.
Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang anda mendapatkan penyakit jantung:-
  • Mengawal tekanan darah.
  • Selalu bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Jalankan pemeriksaan kencing manis dan jika anda dijangkiti, ia mesti dibawah kawalan.
  • Periksa tahap kolesterol dan trigliserida anda dan ia mesti dibawah kawalan.
  • Makan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan).
  • Kekalkan berat badan yang sihat.

Pencegahan Strok

  • Tekanan darah - menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali, sekiranya ia meningkat, anda mesti mengikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal. • Periksa samada anda mempunyai artril fibrilasi, dimana ia mengalakkan pembekuan darah yang dapat menyebabkan penyakit strok.
  • Berhenti merokok.
  • Jika anda minum alkohol, minum dalam kuantiti yang sederhana.
  • Periksa samada anda mempunyai kolesterol yang tinggi.
  • Kencing Manis - ikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal.
  • Selalu bersenam.
  • Makan makanan yang kurang garam and lemak.
  • Tanya doktor anda samada anda mempunyai masalah pengedaran yang boleh meningkatkan risiko strok.
  • Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda strok seperti merasa lemah di bahagian muka atau anggota badan, pandangan yang kabur, pening atau sakit kepala yang teruk.



Mencegah itu lebih baik daripada Mengubati dari sudut sains

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati



Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. 

Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. 

Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan. Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. 

Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. 

Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. 

Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik. Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya. Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi). 

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino.

Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. 

"Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita. Cegahlah penyakit sebelum terlambat.


Persoalannya: pada masa sekarang, apakah makanan yang langsung tidak mempunyai toksin? Cuba fikirkan? Ayam=racun, sayur=racun, Nasi=racun, bahan-bahan masakan=racun, Kajian di USA, 96% makanan yang kita makan pada zaman ini terdedah kepada racun- racun serangga, hormon, bahan kimia, sisa bahan buangan, bahan kimia.

Bahan Organik=mahal




Penyakit Jantung

Sedih, Marah Punca Sakit Jantung 

Susunan Dr. Salehuddin 

 GOLONGAN yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan �deadline�, kurang potensi mengalami penyakit jantung. 

 Kenapa Sudah Terkena, Baru Terngadah?? Bila sudah sakit, sel-sel sudah rosak, sel-sel imun perlu bekerja kuat untuk memerangi penyakit. Kos yang banyak dikeluarkan? Berisiko mengalami kerosakan hati, ginjal kerana pengambilan ubat secara banyak dan berpanjangan. 

Kenapa Perlu Pilih cara Hidup tidak sihat? Atau Anda tidak perasan cara hidup anda tidak sihat? Menurut kajian WHO pemakanan yang anda makan pada zaman ini adalah 94% adalah racun, disamping persekitaran tidak sihat yang terdedah 70% bahan kimia, asap pencemaran, bahan kosmetic, penambah rasa, bahan petroleum, paracetamol, bahan pengawet dll. 

 UMUM mengetahui, emosi terbentuk di dalam otak manakala perasaan terbit dari dalam hati, atau sebenarnya organ dalaman iaitu jantung. Namun begitu, bagaimana pula dengan emosi negatif? 

Apabila anda terlalu sedih atau marah sehingga 'sakit hati', adakah keadaan emosi tersebut benar-benar menyebabkan kesakitan pada jantung anda? Bagi mengetahui kesan tersebut, dua kajian dijalankan baru-baru ini bagi menyokong teori bahawa apa yang difikirkan otak benar-benar mampu mencederakan jantung anda. 

 Kajian pertama terbitan Journal of the American College of Cardiology (JACC) mendapati, wanita yang menghidap simptom kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi diserang penyakit jantung. Wanita yang disahkan murung secara klinikal pula dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat jantung terhenti. Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara terus menerus terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berdepan tekanan. 

 Kajian turut mendapati, wanita murung lebih cenderung merokok, mengalami tekanan darah yang tinggi dan menghidap diabetes. Ubat anti murung yang digunakan oleh ramai pesakit wanita juga dikaitkan dengan masalah jantung dan kematian secara tiba-tiba terutama di kalangan remaja. Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya. Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian. Kajian pertama menemui golongan yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan 'deadline', kurang potensi mengalami penyakit jantung. 

 Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung. Kajian kedua menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. 

Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

 Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.

 Kedua-dua kajian tersebut turut menemui stereotaip jantina iaitu, wanita 'sakit' jantung akibat menanggung kesedihan manakala lelaki 'sakit' jantung dengan kemarahan. Walaupun begitu, dua kajian bersetuju bahawa lelaki dan wanita mengetahui punca penyakit jantung seperti diet salah, kurang bersenam dan sukar tidur.

 Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung. 

 4 faktor Penyakit: 
a)Pemakanan
 b)persekitaran 
c)stress
 d)kurang bersenam



Monday, February 15, 2010

Mesin Terapi Elektrik Mesin Terapi Elektrostatik Electrostatic Therapy Electric Field Therapy Electricity Field Therapy Electric Potential Therapy

Electrostatic Therapy 
Electric Field Therapy 
Electric Potential Therapy
Electrostatic Field Therapy
Electromagnetic Therapy
Electricity Field Therapy
Static Electricity Therapy
Electricity Therapy
Mesin Terapi Elektrostatik
Mesin Terapi Elektrik
Mesin Terapi
Terapi Elektrostatik

Terapi Elektrik

Home Page: 

Mesinterapielektrik.blogspot.com

untuk mengetahui mengenai promosi mesin terapi elektrik dengan lebih lanjut.  

Fungsi utama terapi medan elektrik Statik adalah:
a)      Membersihkan saluran darah
b)      Menyelaraskan sistem yang tidak terkawal
c)      Menguatkan sistem ketahanan diri


d)     Meningkatkan penyembuhan secara semulajadi



Allergies Alahan

Allergies and Dreadful Diseases Are Caused by the Same Origin


According to my study and experiences in a long four decades of time, if we are to trace the origin of diseases, most of today's sufferings could be considered as an extension of allergies. I can say that almost all dreadful diseases are just the same as complication of allergies.

In 1906, Clemens Peter Freiherr von Pirquet (May 12, 1874 - February 28, 1929), an Austrian scientist and pediatrician noticed that patients who had received injections of horse serum or smallpox vaccine usually had quicker, more severe reaction to second injections. His term for this phenomenon, coined with Bela Schick (1877 - 1967), the word allergy from the Greek ALLOS meaning "other" and ERGON meaning "reaction" to describe this hypersensitivity reaction.

  • Allergy is a condition in which the body has an exaggerated response to a substance (a high sensitivity to certain substances, such as pollen, fungi, molds, and certain foods and drugs) a.k.a. hypersensitivity.
  • Allergy is an overreaction of the body's immune system.
  • Allergy is a general term to describe an abnormal immune response to a usually harmless substance.
  • Allergy is an immediate or delayed immune reaction caused by exposure to an antigen (allergen).
  • Allergy is an excessively sensitive state involving the immune system as a result of exposure to certain substances, usually proteins.

Just a few days ago, an American scientist together with a Japanese scientist found that a certain protein's DNA is responsible for all cancer diseases.

In more than four decades ago, didn't I mention that protein and nucleic acid will resemble a virus-like material when they join together? Depending on how both proteins and nucleic acids are assembled, the shape and kind of virus and the appearance of sicknesses is determined.

Therefore, allergy is just the appearance you can see physically, and IT IS JUST THE SAME AS OTHER DREADFUL DISEASES. You can say that all of these world diseases including cancer, diabetes, and stomach ulcer are the same as allergy appearance. Allergy did not originate on anything but the physical appearance caused by pollutants, toxic matter, drugs and the electric static waves. Again, the origins of diseases are pollutants, toxic matter, uncommon foods and drugs, and the electric static waves in the air as concluded.

From the above statement, you can figure out that almost all diseases are chemical reaction of proteins in the body caused by toxic matter, pollutants, drugs and the electric static waves. All of these seem to be due to human error.
Therefore, there must be a way to avoid getting such diseases. And yes, there is a way.

Although we think that pollen, foods and drugs are the cause of allergy to many, but it may be not. Think that we live in the same house under the same roof, and eat same foods. But why is that only you who gets such allergy phenomenon. In this case, you might be not allergic of pollen, foods and some pollutants. You maybe affected by the electric static waves. This wave will change chemistry of protein in the body causing allergies and other dreadful diseases.





Alzheimer Penuaan Minda

Alzheimer's Disease


Are you suffering from Alzheimer's disease?

Alzheimer's disease is a degenerative disorder that affects the brain and causes dementia (cognitive and intellectual deterioration), especially late in life. It was named for Alois Alzheimer (1864-1915), a German neurologist who described it in 1907.

However, I believe that Alzheimer's disease existed in different description since the time of human race came to this world. The disease does not mean only for old aged people but all ages from young to old.

Symptoms of Alzheimer's disease varies widely and some may not be noticeable especially for young children especially teens. Although Alzheimer's disease is not a normal part of the aging process, the risk of developing the disease increases as people grow older.

Alzheimer's disease takes a devastating toll, not only on the patients, but also on those who love and care for them. Some patients experience immense fear and frustration as they struggle with once commonplace tasks and slowly lose their independence. Family, friends, and especially those who provide daily care suffer immeasurable pain and stress as they witness Alzheimer's disease slowly take their loved one from them.

The onset of Alzheimer's disease is usually very gradual. In the early stages, Alzheimer's patients have relatively mild problems learning new information and remembering where they have left common objects, such as keys or a wallet. In time, they begin to have trouble recollecting recent events and finding the right words to express themselves. As the disease progresses, patients may have difficulty remembering what day or month it is, or finding their way around familiar surroundings. They may develop a tendency to wander off and then be unable to find their way back. Patients often become irritable or withdrawn as they struggle with fear and frustration when once commonplace tasks become unfamiliar and intimidating. Behavioral changes may become more pronounced as patients become paranoid or delusional and unable to engage in normal conversation.

Doctors and scientists claim that brains of patients with Alzheimer's have distinctive formations, abnormally shaped proteins called tangles and plaques that are recognized as the hallmark of the disease, and these are related to memory. Tangles are long, slender tendrils found inside nerve cells, or neurons. Scientists have learned that when a protein called tau becomes altered, it may cause the characteristic tangles in the brain of an Alzheimer's patient.

 In healthy brains, tau provides structural support for neurons, but in Alzheimer's patients this structural support collapses.

According to my study, it is not true. These distinctive formations of proteins are the byproducts caused by energy force of the electric static therapy from outer surface of the body. It is also not true according my research that people with a family history of Alzheimer's disease are more likely to develop Alzheimer's disease.

The causes of Alzheimer's disease remain a mystery among doctors and scientists of the world. According to doctors, Alzheimer's disease is only positively diagnosed by examining brain tissue under a microscope to see the hallmark plaques and tangles and this is only possible after a patient dies.

Isn't this a crazy way of diagnosis? As I mentioned previously, the hallmark plaques and tangles are the byproducts caused by the disease. Why can you not prevent to have such byproducts before you suffer from the disease? As a result, physicians rely on a series of other techniques to diagnose probable Alzheimer's disease in living patients. The physician also asks about the patient's family medical history to learn about any past serious illnesses, which may give a clue about the patient's current symptoms. As I mentioned, it is caused by the electric static therapy waves.

According to physicians I know, there is no known cure for Alzheimer's disease, and treatment focuses on lessening symptoms and attempting to slow the course of the disease. Drugs that increase or improve the function of brain acetylcholine, the neurotransmitter that affects memory, have been approved by the United States Food and Drug Administration (FDA) for the treatment of Alzheimer's disease.

 Called acetylcholinesterase inhibitors, these drugs have had modest but clearly positive effects on the symptoms of the disease. These drugs can benefit patients at all stages of illness, but they are particularly effective in the middle stage. 

This finding corresponds with new evidence that low acetylcholine levels in patients with Alzheimer's disease may not be present in the earliest stage of the illness. Evidence shows that there is inflammation in the brains of Alzheimer's patients, which may be associated with the production of amyloid precursor protein. Studies are still underway by scientists of the world.