Tuesday, February 16, 2010

Mencegah lebih baik dari mengubati

Pencegahan Penyakit Jantung dan Strok

Kontinum Pencegahan

Penyesuaian dari Healthlink 2005.

Faktor Risiko CVD: Pencegahan yang berpotensi besar


Faktor yang menjadi risiko untuk penyakit arteri koronari

  • Darah Tinggi.
  • Merokok
  • Kegemukan (indeks jisim badan≥30 kg/m2).
  • Kurang aktif.
  • Tahap Kolesterol yang tinggi
  • Kencing manis.
  • Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR <>
  • Sejarah keluarga mengidap penyakit arteri koronari

Pencegahan Penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan.
Risiko penyakit jantung meningkat dengan peningkatan umur.
Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang anda mendapatkan penyakit jantung:-
  • Mengawal tekanan darah.
  • Selalu bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Jalankan pemeriksaan kencing manis dan jika anda dijangkiti, ia mesti dibawah kawalan.
  • Periksa tahap kolesterol dan trigliserida anda dan ia mesti dibawah kawalan.
  • Makan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan).
  • Kekalkan berat badan yang sihat.

Pencegahan Strok

  • Tekanan darah - menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali, sekiranya ia meningkat, anda mesti mengikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal. • Periksa samada anda mempunyai artril fibrilasi, dimana ia mengalakkan pembekuan darah yang dapat menyebabkan penyakit strok.
  • Berhenti merokok.
  • Jika anda minum alkohol, minum dalam kuantiti yang sederhana.
  • Periksa samada anda mempunyai kolesterol yang tinggi.
  • Kencing Manis - ikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal.
  • Selalu bersenam.
  • Makan makanan yang kurang garam and lemak.
  • Tanya doktor anda samada anda mempunyai masalah pengedaran yang boleh meningkatkan risiko strok.
  • Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda strok seperti merasa lemah di bahagian muka atau anggota badan, pandangan yang kabur, pening atau sakit kepala yang teruk.



No comments:

Post a Comment

Please contact 011-53531155